23 May 2010

Kenyataan Manhal PMRAM : Larangan Secara Mutlak Bagi Melukis Gambar Nabi

Assalamualaikum...
sekadar nak kongsi bersama kawan-kawan..adakah kita prihatin dengan isu ini?Apakah perasaan kita apabila nabi kita dihina?

Sumber dari sini
Sekali lagi kita seluruh ummat Islam digemparkan berkenaan berita penghinaan terhadap jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Namun pada kali ini dengan bentuk dan cara yang berbeza, iaitu menggunakan pendekatan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W melalui laman media Facebook. Dari isu yang mencalarkan imej penganut agama Islam ini, pihak MANHAL juga tidak ketinggalan menganggap isu ini bukan mainan dan dianggap remeh, serta menyeru kepada semua agar membantah sekeras-kerasnya akan tindakan yang biadap golongan-golongan yahudi la’natullah ini serta sekutunya.

Pihak MANHAL tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan golongan tertentu yang telah berani secara terang-terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikit pun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan penganut agama islam dan agama-agama yang lain.

Dari sudut hukum pula, jangankan membuat gambar yang bersifat menghina, tetapi hanya sekadar melukis bentuk tubuh Rasulullah S.A.W sendiri pun sudah haram hukumnya walaupun pelukisnya melukis dengan niat baik dan lukisan yang indah.

Salah satu amalan jahiliah yang diperangi oleh agama Islam ialah melukis, menggambar dan membuat patung para nabi dan orang salih di masa lalu. Dan kelakuan umat terdahulu memang menjadi adat ummat terdahulu. Para nabi yang telah wafat itu mereka buatkan lukisannya, meskipun dengan niat untuk mengagungkannya, mensucikannya atau menghormatinya. Namun di sebalik niat tersebut, syaitan telah berjaya menyelewengkan dan memasukkan bisikan jahatnya. Sehingga pada akhirnya gambar dan patung para nabi menjadi sembahan selain Allah.

Allah berfirman didalam surah Nuh ayat ke 23 :

Maksudnya : "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.

Para ahli mufassirin menyebutkan bahawa nama berhala itu yaitu Wadd, Suwwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nashr sebenarnya nama orang salih dan mereka bukan tuhan. Namun setelah mereka meninggal, orang-orang ingin mengenang jasa dan keagungannya, sehingga kemudian dilukislah wajah mereka, sehingga akhirnya dibuatkan patung. Dari generasi ke generasi akhirnya patung mereka sudah menjadi tuhan sembahan selain Allah.

Sedangkan yang dilakukan sekarang ini memang keterlaluan, kerana melukis nabi Muhammad S.A.W saja sudah haram, apalagi sambil membuatnya menjadi karikatur yang menghina dan merendahkan. Gambar itu sendiri dimuat di laman web secara terbuka, bahkan dicetak semula oleh media lain untuk diterbitkan lagi. Perlakuan sebegini memang begitu biadab dan sememangnya sekarang ini seluruh ummat Islam tidak patut terus membisu sahaja.

Ulama telah melarang daripada melukis para Nabi dan Rasul. Sebab-sebab bagi larangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Menggambar wajah mereka adalah merupakan pembohongan di atas apa yang telah dilukiskan. Pembohongan terhadap mereka adalah perkara yang diharamkan. Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekalipun hadis ini diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi hukumnya merangkumi semua para Nabi dan Rasul.

2. Dengan melukis para Nabi dan Rasul juga adalah salah satu perkara yang menyakiti mereka. Ini kerana lukisan tersebut tidak dibuat secara tepat dengan yang asal. Menyakiti hati Rasulullah S.A.W adalah amat ditegah sama sekali. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasulnya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan mereka azab yang menghina mereka" (57: al-Ahzab)

Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa menyakiti Nabi Muhammad s.a.w.adalah seumpama menyakiti rasul yang lain yang diutuskan Allah S.W.T kepada umat manusia.

Pendirian kita sebagai orang Islam sesekali tidak membenarkan musuh-musuh Allah terus menghina agama islam, bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan yang diimani oleh orang Islam Allah sebagai tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad S.A.W itu sebagai pesuruhnya.

Justeru, pihak MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang berlaku ini. Bahkan isu penghinaan Nabi SAW bukanlah suatu yang baru, ia merupakan rancangan Yahudi dan sekutunya di dalam menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya. Dan mungkin selepas ini akan ada lagi rentetangan perancangan daripada pihak mereka. Apa yang penting kita selaku penuntut ilmu agama dan pejuang di jalan-Nya mesti sentiasa peka setiap isu yang berlaku dan pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji-janji para sahabat RA ketika bersama dengan Nabi SAW.

18 May 2010

agar anak mencintai ilmu

Assalamualaikum,

Pepatah melayu lama mengatakan melentur buluh biar dari rebungnya, maklumlah kalau dah jadi buluh, bila cuba dilentur, akan patahlah dia. Iman bukan sesuatu yang boleh diwarisi, justeru ibu bapa, bakal ibu bakal bapa dan sesiapa jua hendaklah memahami betapai pentingnya menanamkan semangat cintakan ilmu dari kecil lagi sebagai usaha untuk menjadikan mereka anak yang soleh/ah.

Agar Anak Mencintai Ilmu

Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu pada waktu kecil adalah seperti memahat batu, sedangkan perumpamaan mempelajari ilmu ketika dewasa adalah seperti menulis di atas air. [HR. ath-Thabrani dari Abu Darda' ra].

Dalam sejarah, tidak ditemukan suatu agama yang mendorong pemeluknya untuk memberikan pengajaran kepada anak-anak seperti Islam. Islam menjadikan seorang Muslim memiliki antusiasme yang sangat tinggi untuk belajar dan mengajar. Antusiasme inilah yang menjadikan mereka sangat isimewa sepanjang sejarahnya yang panjang. Apalagi bagi mereka, menuntut ilmu adalah ibadah yang paling utama, yang boleh dijadikan wasilah untuk mendekatkan diri kepada Alllah.

Masa kanak-kanak merupakan fase yang paling subur untuk melakukan pembinaan keilmuan dan pemikiran. Pada masa ini daya tangkap dan daya serap otak mereka berada pada kemampuan maksimum; dada mereka masih kosong dan lebih mudah untuk menghafal terhadap apa yang mereka dengar.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan secara marfû', bahawa Rasulullah saw. bersabda (yang ertinya): Siapa yang mempelajari al-Quran ketika masih muda, maka al-Quran itu akan sebati dengan daging dan darahnya. Siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, sedangkan ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka ia mendapatkan pahala dua kali.
(HR al-Baihaqi, ad-Dailami, dan al-Hakim).

Agar para ibubapa dapat mengarahkan anak melangkah menuju ilmu, belajar, serta mencintai ilmu dan ulama, ada beberapa hal penting yang harus ditempuh:

1. Tanamkan bahwa menuntut ilmu adalah perintah Allah Swt.

Kecintaan anak kepada Allah, yang seyogyanya sudah terlebih dulu ditanamkan, akan mendatangkan ketaatan pada perintah-Nya dan takut akan azabNya, termasuk dalam menuntut ilmu. Cinta dan takut kepada Allah akan memunculkan sikap konsisten dalam mencari ilmu tanpa bosan dan dihinggapi rasa putus asa.

2. Tanamkan bahwa al-Quran adalah sumber kebenaran.

Al-Quran sebagai sumber kebenaran (QS al-Maidah [5]: 48) sejak awal harus disampaikan oleh ibubapa kepada anak. Semua yang benar menurut al-Quran itulah yang harus dan boleh dilakukan. Ini memerlukan teladan dari ibubapa. Dengan begitu, anak akan melihat realisasi al-Quran sebagai sumber kebenaran dalam setiap perilaku orangtuanya. Begitu pula ketika menilai suatu keburukan, semuanya dinilai dengan standard al-Quran.

3. Ajarkan metode belajar yang betul menurut Islam.

Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani menjelaskan dalam kitab As-Syakhshiyah al-Islâmiyyah jilid 1, bahwa Islam mengajarkan metode belajar yang benar, iaitu:
1. Mempelajari sesuatu dengan mendalam hingga dipahami apa yang dipelajari dengan benar.
2. Meyakini ilmu yang sedang dipelajari hingga bisa dijadikan dasar untuk berbuat.
3. Sesuatu yang dipelajari bersifat praktikal, bukan sekadar teori, hingga dapat menyelesaikan suatu masalah.
Dalam mempelajari alam semesta, misalnya, dikatakan secara teori bahwa bulan mengelilingi bumi. Untuk menjadikannya sebagai pemahaman yang mendalam haruslah anak diajak melihat fakta bulan, yang dari hari ke hari berubah bentuk dan besarnya. Dengan demikian, anak pun menjadi yakin bahwa perubahan tanggal setiap harinya adalah kerana peredaran bulan. Dengan begitu, ia dapat mengetahui bahwa menentukan tanggal satu Ramadhan, misalnya, adalah dengan melihat bulan.

4. Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak.

Guru adalah cermin yang dilihat oleh anak sehingga akan membekas di dalam jiwa dan pikiran mereka. Guru adalah sumber pengambilan ilmu. Para Sahabat dan Salaf ash-Shâlih sangat serius di dalam memilih guru yang baik bagi anak-anak mereka.
Ibnu Sina dalam kitabnya, As-Siyâsah, mengatakan, "
Seyugianya seorang anak itu dididik oleh seorang guru yang mempunyai kecerdasan dan agama, piawai dalam membina akhlak, cekap dalam mengatur anak, jauh dari sifat ringan tangan dan dengki, dan tidak kasar di hadapan muridnya. "

Imam Mawardi (dalam Nashîhah al-Mulûk hlm. 172) menegaskan urgensi memilih guru yang baik dengan mengatakan, "Wajib bersungguh-sungguh di dalam memilihkan guru dan pendidik bagi anak, seperti kesungguhan di dalam memilihkan ibu dan ibu susuan baginya, bahkan lebih dari itu. Seorang anak akan mengambil akhlak, gerak-gerik, adab dan kebiasaan dari gurunya melebihi yang diambil dari orang tuanya sendiri. "

Begitupun memilihkan sekolah yang baik yang di dalamnya diajarkan hal-hal yang tidak bertentangan dengan agama, apalagi yang merosak aqidah anak-anak Muslim. Ramai ibubapa memilih sekolah untuk anaknya sekadar agar anak dapat memperolehi ilmu dan prestasi yang bagus, tetapi lupa akan perkembangan kemantapan akidah dan akhlaknya.

Namun demikian, tentulah guru yang pertama dan utama adalah ibubapanya, dan sekolah yang pertama dan utama adalah rumah tempat tinggalnya bersama ibubapa.

5. Mengasuh anak untuk memuliakan para ulama.

Abu Umamah ra. menuturkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda (yang ertinya): Ada tiga manusia, tidak ada yang meremehkan mereka kecuali orang munafik. Mereka adalah orangtua, ulama, dan pemimpin yang adil . (HR ath-Thabrani).

Ulama adalah pewaris para nabi. Memuliakan dan menghormati mereka, bersikap santun dan lembut di dalam bergaul dengan mereka, adalah di antara adab yang harus dibiasakan sejak kanak-kanak. Memuliakan ulama menjadikan anak akan memuliakan ilmu yang diterimanya, yang dengannya Allah menghidupkan hati seseorang.

Abu Umamah ra. juga menuturkan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda (yang ertinya): Sesungguhnya Luqman berkata kepada puteranya, "Wahai anakku, engkau harus duduk bersama dengan ulama. Dengarkanlah perkataan para hukama', kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan deras. " (HR ath-Thabrani).

6. Membiasakan seluruh keluarga membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi saw.

Dalam membina aqidah anak, mengajarkan al-Quran dan Hadis Nabi saw. adalah perkara yang utama dalam membentuk mentaliti anak. Keduanya merupakan sumber untuk menghidupkan ilmu yang akan menyinari dan menguatkan akal. Para Sahabat ra. sangat mengambil berat sekali menjinak anak-anak mereka dengan al-Quran. Anas bin Malik ra., setiap kali mengkhatamkan al-Quran, mengumpulkan isteri dan anak-anaknya, lalu berdoa untuk kebaikan mereka.

Pada masa Rasulullah saw. masih hidup, Ibnu Abbas ra. telah hafal al-Quran pada usia sepuluh tahun. Imam Syafii rahimahullâh telah hafal al-Quran pada usia tujuh tahun. Imam al-Bukhari mulai menghapal hadis ketika duduk dibangku madrasah dan mengarang kitab At-Târîkh pada usia 18 tahun.

7. Membuat perpustakaan rumah, sekalipun sederhana.

Mempelajari ilmu tak akan lepas dari kitab ataupun buku-buku sebagai media referensi yang senantiasa akan memenuhi tuntutan ilmu. Adanya perpustakaan rumah menjadi hal yang sangat penting untuk mengkondisikan anak-anak sentiasa dekat dengan ilmu dan bersahabat dengan kitab-kitab ilmu.

Imam asy-Syahid Hasan al-Banna dalam Risâlah-nya, Formula Paling Efektif dalam Mendidik Generasi Muda dengan Pendidikan Islam yang Murni, mengatakan, "Adalah sangat penting adanya perpustakaan di dalam rumah, sekalipun sederhana. Koleksi bukunya dipilihkan dari buku-buku sejarah Islam, biografi Salafus Solih, buku-buku akhlak, hikmah, kisah perjalanan para ulama ke berbagai negeri, kisah-kisah penaklukan berbagai negeri, dan semisalnya…."

8. Mengajak anak menghadiri majlis-majlis ilmu bersama orang dewasa.

Nabi saw. pernah menceritakan bahwa beliau ketika masih kecil juga turut menghadiri majlis-majlis orang kaum bersama teman-temanku…. " (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dengan sanad sahih dalam Musnad-nya [2/157] dan oleh Ahmad [1/190]).
Dengan membawa anak-anak ke majlis orang dewasa, akalnya akan meningkat, jiwanya akan terdidik, semangat dan kecintaannya kepada ilmu akan semakin kuat.

Wallâhu a'lam bi ash-shawâb

01 May 2010

**Kelahiranmu Sungguh bermakna****


Selamat Hari Lahir ku ucap untukmu..sahabat..aziana dan farahanah
semoga hidupmu diberkati Allah,sntiasa dimurahkan rezeki..dan moga ukhuwah kita berkekalan..


Selamat Hari Lahir untukmu anak buahku Siti Nor Adilah..maksu doakan..semoga ilah menjadi anak yg solehah penyejuk hati Umi dan Abah..


Selamat Hari Lahir untuk diriku...semakin banyak umur kita ,semakin dekat kita kpd kematian..semoga Allah melindungiku daripda hawa nafsu dan syaitan..dan akan ku berusaha supaya hidupku lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...