30 April 2010

''''....Doaku Ya Allah..''''


..::Ya Allah,aku ini hamba-Mu yang lemah ,yang tidak berdaya.Apa yang ada didalam kehidupan yg Engkau Amanahkan kepadaku ini,aku terima.Bantulah aku ya Allah,bantulah aku dalam setiap gerak-geriku,setiap denyutan jantungku dan setiap tarikan nafasku untuk selalu ingat-Mu
Ya Allah..Ampunkanlah aku ya Allah..Apabila aku lalai dan terlupa mengucap syukur atas nikmat dan rahmat,nikmat akal ,nikmat perasaan yang Engkaun Anugerahkan kepadaku.
Ya Allah sesungguhnya dosaku amat banyak..tetapi rahmat-Mu tetap juga banyak,Ya Allah::::....

24 April 2010

Kisah sebiji epal

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mantari lembut menerangi alam. Tapi sayang, semua itu tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.
Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. “Tapi kenapa aku masih tidak dipetik orang?”
Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosak serangga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apa kurangnya diri ini?
Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.


Epal menanti manusia bertuah. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun yang datang mengambilnya. Buah-buahan yang tergantung yang mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan.......
Akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak.....

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah dicapai. Hanya lelaki yang benar-benar hebat dan soleh sahaja yang mampu mencapainya. Mahkota seorang gadis ialah sifat malu. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain. Akhirnya tiada lagi wanita suci dan mulus di sekeliling kita ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...