Demikianlah antara bait- bait rindu
yang bisa diterjemah dari jiwa- jiwa yang kerinduan. Mengikut tafsiran
kamus
dewan, kalimah rindu membawa erti berkeinginan benar akan sesuatu atau
berkeinginan benar hendak berjumpa seseorang. Jadi bukanlah manusia saja yang
boleh kita rindukan. Rindukan kedamaian, rindukan ketenangan, rindukan
kesejahteraan, rindukan kebahagian, rindukan kebenaran, kejujuran dan
keikhlasan, rindukan keredhaan Tuhan, rindukan masyarakat aman dan sejahtera,
rindukan keampunan Tuhan dan sebagainya lagi. Oh, contoh- contoh itu dari lagu
Rindu
Hijjaz sebenarnya.
Kali ini mari bicara berkenaan rindukan sesama
manusia. Bagaimana hendak mengurus rindu? Adakah dengan menangis, termenung atau
tersenyum? Mungkin ada yang mencari jalan menghubungi insan yang dirindui itu,
menelefon, menghantar sms, memberi emel atau datang menziarahinya. Bagaimana
kiranya semua itu tidak dapat dilakukan? Adakah perlu menjerit di luar tingkap
atau di atas bangunan dengan melaungkan 'aku rindu padamu'? Lucu bukan. Tidak
mustahil juga ada orang yang sanggup tidur sepanjang hari mengharapkan dapat
bermimpi orang yang dirindukan itu. Gila. Atau apa saja sebenarnya sanggup
dilakukan untuk melepaskan rasa rindu itu.
Teringat saya akan satu pesan
bermakna oleh seorang guru di Intec suatu ketika dahulu. Beliau mengajarkan cara
mengurus rindu yang terbaik saya kira. Lumrahnya bila berjauhan, pasti rasa
rindu akan hadir. Bukan saja pada keluarga, guru- guru juga tidak dilupa.
Sekiranya yang dirindukan itu keluarga, kebiasaannya mudah kita menghubungi
mereka. Namun guru- guru sering kali kita terputus hubungan bukan?
Jadi,
guru saya itu menyampaikan sesuatu yang pernah diajarkan oleh gurunya. Apabila
teringatkan guru, sampaikan rindu itu melalui perantaraan Allah iaitu dengan
menyedekahkan al- Fatihah kepada guru terbabit. InsyaAllah, guru itu juga akan
teringat akan anak didiknya itu dan seterusnya insyaAllah mereka akan mendoakan
kita. Begitulah juga, cara ini boleh diaplikasikan untuk sesiapa saja. Tatkala
rindukan ayah bonda, sanak- saudara, jiran tetangga atau teman di desa,
sampaikanlah al- Fatihah kepada mereka disamping mendoakan kebahagian mereka.
Indah bukan?
Juga sebenarnya saya percayakan kuasa gelombang. Gelombang
yang bergetar membawa khabaran rindu dari hati ke hati biarpun berjuta batu
nautika jarak antara keduanya. Sering saja bila saya menyampaikan rasa rindu
yang teramat sangat kepada orang di sana melalui perantara sms misalnya, balasan
yang diterima biasanya si dia juga sedang sangat mengingati diri saya pada waktu
itu. Saya yakin gelombang rindu yang saya sampaikan itu lebih dulu tiba dari sms
yang diterima. Atau mungkin juga rasa rindu yang saya rasa itu hasil dari
gelombang rindu yang disampaikan oleh orang di sana itu. Subhanallah. Menarik
bukan?
Bila rindu- rinduan itu, sampaikanlah rasa rindu melalui pelbagai
mendium yang tersedia selagi hayat masih ada. Pasti gembira hati sesiapa saja
yang mengetahui bahawa kita merindui mereka. Andai tidak mampu atau berhalangan,
sedekahkan al- Fatihah kepada mereka. Jangan lupa, berusaha juga untuk
menyampaikan gelombang rindu itu! Tarik nafas dalam- dalam, hembuskan perlahan
kemudian arahkan gelombang rindu kepada yang sepatutnya dalam keadaan fokus dan
bertenang. Hihi. Sebenarnya saya pun tak pernah buat begini.
Just act
neutral..
Akhir kata, saya sedang merindukan ramai orang sekarang
ini. Ada sesiapa terima gelombang? ^_^