05 November 2012

BerBakti..



Alhamdulillah hari nie genap 6 bulan sy berbakti di PASTI An-Nur Kg Bukit Lada...selama itu la sy berulang  alik ke sana dengan menaiki moto (ala2 minah rempit..tp solehah ckit) (^_^).... pakai niqob tp bwk moto...mgkin ada org2 Kg tertanya2 sape gerangan manusia bertoping itu...Alhamdulillah masih menjaga syariat walaupun dalam keadaan sedemikian..walaupun 6 bulan, ia sangat bermakna untuk sy...setiap hari memandang wajah2 mereka yg masih belum mengerti erti kehidupan....mereka juga sentiasa megembirakan hati sy...kenakalan kanak-kanak itu lumrah bg mereka...mungkin sy akan sentiasa merindui mereka kelak..sebelum sy pergi meneruskan penjelajahan hidup sy....sy ingin meninggalakn secebis buah tangan untuk mereka.....walaupun tidak sebesar mana....tp kenangan tu akan sy pahatkan sampai bila-bila. Sudah seminggu sy dan k.izah(mualimah yg sama2 megajar dengan sy)  bertungkus lumus menyiapkan lukisan di dinding PASTI...Alhamdulillah agak 90% hampir siap....menampal apa2 yang patut....untuk melihat PASTI ini cantik. agak penat juga melakukan kerja2 ni...tp sgt menyeronokkan apabila hasilnya memuaskan. sy berharap agar Mualimah yg akan megantikan sy nanti akan mendidik anak-anak ini dengan ikhlas dan sabar.
Nombor bertangga.....
Proses--------------------------------------------------siap!!!!!! ops....ad ckit lg...hehe

04 November 2012

Mencari Jodoh

Cinta ibarat kupu-kupu..Makin kau kejar,makin ia menghindar. Tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Cinta bukannya mencari seseorang yg sempurna,tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna…♥
“Kalau benar ingin jadi lelaki yang mencintai perempuannya, maka mulalah dengan beruasaha membawa diri sendiri ke Syurga. Kerna nanti, kau perlu memimpinnya ke sana.” — Hilal Asyraf
Jangan mendahului-Nya dgn menetapkan seseorg itu adalah jodohmu, sebelum ijab kabul dia bukan siapa-siapa bagimu, belum halal utkmu.Andai dialah jodohmu yang tertulis di Lauh Mahfuzh,Allah pasti akan menanamkn rasa kasih dlm hatimu & hatinya,itu Janji Allah.Akan tetapi,selagi kalian tidak diikat oleh ikatan yang Halal,selama itu jangan mubazirkan perasaanmu.Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan…♥
Serahkan masamu hanya untuk Allah, pasti Allah akan uruskan masa hidupmu dengan sebaiknya. Serahkan hatimu dan cintamu untuk Allah, pasti DIA akan berikan hati dan cintamu kepada pemilik yang sebenar…
“Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri…♥”
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padany.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.”
Jika kamu mencintai kerana dia pandai, itu bukan cinta tetapi kagum.
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu.
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan.
Jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih.
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!♥

Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.♥

01 November 2012

RinDu...

 

Bila rindu tiba
Hati mula berkata
Sekian lamanya
Tak bertemu dia
Hatiku bertanya
Apakah khabarnya
Kudoa sentiasa
Dia bahagia


Gelojak rindu tiba- tiba menerpa. Hadirnya bukan dipaksa- paksa. Apatah lagi dipinta. Namun hati ini menerimanya dengan rela. Rindu itu tanda cinta. Rindu itu tanda setia. Rindu itu juga anugerah dari-Nya. Biarpun terkadang terseksa menanggung rasa yang menyesak dada..dibiarkan jua.

Demikianlah antara bait- bait rindu yang bisa diterjemah dari jiwa- jiwa yang kerinduan. Mengikut tafsiran kamus dewan, kalimah rindu membawa erti berkeinginan benar akan sesuatu atau berkeinginan benar hendak berjumpa seseorang. Jadi bukanlah manusia saja yang boleh kita rindukan. Rindukan kedamaian, rindukan ketenangan, rindukan kesejahteraan, rindukan kebahagian, rindukan kebenaran, kejujuran dan keikhlasan, rindukan keredhaan Tuhan, rindukan masyarakat aman dan sejahtera, rindukan keampunan Tuhan dan sebagainya lagi. Oh, contoh- contoh itu dari lagu Rindu Hijjaz sebenarnya.

Kali ini mari bicara berkenaan rindukan sesama manusia. Bagaimana hendak mengurus rindu? Adakah dengan menangis, termenung atau tersenyum? Mungkin ada yang mencari jalan menghubungi insan yang dirindui itu, menelefon, menghantar sms, memberi emel atau datang menziarahinya. Bagaimana kiranya semua itu tidak dapat dilakukan? Adakah perlu menjerit di luar tingkap atau di atas bangunan dengan melaungkan 'aku rindu padamu'? Lucu bukan. Tidak mustahil juga ada orang yang sanggup tidur sepanjang hari mengharapkan dapat bermimpi orang yang dirindukan itu. Gila. Atau apa saja sebenarnya sanggup dilakukan untuk melepaskan rasa rindu itu.

Teringat saya akan satu pesan bermakna oleh seorang guru di Intec suatu ketika dahulu. Beliau mengajarkan cara mengurus rindu yang terbaik saya kira. Lumrahnya bila berjauhan, pasti rasa rindu akan hadir. Bukan saja pada keluarga, guru- guru juga tidak dilupa. Sekiranya yang dirindukan itu keluarga, kebiasaannya mudah kita menghubungi mereka. Namun guru- guru sering kali kita terputus hubungan bukan?

Jadi, guru saya itu menyampaikan sesuatu yang pernah diajarkan oleh gurunya. Apabila teringatkan guru, sampaikan rindu itu melalui perantaraan Allah iaitu dengan menyedekahkan al- Fatihah kepada guru terbabit. InsyaAllah, guru itu juga akan teringat akan anak didiknya itu dan seterusnya insyaAllah mereka akan mendoakan kita. Begitulah juga, cara ini boleh diaplikasikan untuk sesiapa saja. Tatkala rindukan ayah bonda, sanak- saudara, jiran tetangga atau teman di desa, sampaikanlah al- Fatihah kepada mereka disamping mendoakan kebahagian mereka. Indah bukan?

Juga sebenarnya saya percayakan kuasa gelombang. Gelombang yang bergetar membawa khabaran rindu dari hati ke hati biarpun berjuta batu nautika jarak antara keduanya. Sering saja bila saya menyampaikan rasa rindu yang teramat sangat kepada orang di sana melalui perantara sms misalnya, balasan yang diterima biasanya si dia juga sedang sangat mengingati diri saya pada waktu itu. Saya yakin gelombang rindu yang saya sampaikan itu lebih dulu tiba dari sms yang diterima. Atau mungkin juga rasa rindu yang saya rasa itu hasil dari gelombang rindu yang disampaikan oleh orang di sana itu. Subhanallah. Menarik bukan?

Bila rindu- rinduan itu, sampaikanlah rasa rindu melalui pelbagai mendium yang tersedia selagi hayat masih ada. Pasti gembira hati sesiapa saja yang mengetahui bahawa kita merindui mereka. Andai tidak mampu atau berhalangan, sedekahkan al- Fatihah kepada mereka. Jangan lupa, berusaha juga untuk menyampaikan gelombang rindu itu! Tarik nafas dalam- dalam, hembuskan perlahan kemudian arahkan gelombang rindu kepada yang sepatutnya dalam keadaan fokus dan bertenang. Hihi. Sebenarnya saya pun tak pernah buat begini. Just act neutral..

Akhir kata, saya sedang merindukan ramai orang sekarang ini. Ada sesiapa terima gelombang? ^_^

30 October 2012

Anak-anak Amanah Allah

Video anak murid sy yang sedang mengaji (nak tgk kena pusing kepala...hehe)
 
 
Alhamdulillah sudah masuk 6 bulan sy menjadi pendidik untuk mereka yg digelar permata ummah..anak2 didikku yg berusia 4,5 dan 6 tahun...yg masih dalam proses mencari diri mereka dengan didikan ibubapa, guru2, kawan2 dan masyarakat disekeliling....apa yg mereka lihat itu la yg mereka pelajari. oleh sbb itu didiklah anak2 kecil ini dengan didikan agama yg betol, moga budi pekerti dan akhlak mereka selari dengan ajaran Al-quran dan As-Sunnah. sy banyak belajr dari mereka erti kasih syg dah hidup. setiap hari mereka akan menceritakan apa2 perihal ibubapa mereka....apa yg mereka lakukan. 1 pepatah yg biasa sy pegang adalah "anak-anak ini adalah cermin kepada ibubapa", bagaimana sifat anak-anak itu...begitulah sifat ibubapa mereka....  
 
Anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik. Contoh yang dapat kita lihat, ibu bertudung dan menutup aurat, tetapi anaknya membuka aurat dengan memperagakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh mereka. Si ayah pula berkopiah dan sentiasa menunaikan solat di masjid, tetapi anaknya memakai seluar pendek dan tidak pernah sama sekali melakukan solat. Semua perbuatan yang menyalahi prinsip Islam ini tidak pernah ditegur oleh kedua ibu bapa mereka. Malah ibu bapa mereka memberi alasan bahawa anak mereka sudah besar, bukan masanya untuk menegur dan mereka sendiri sudah tahu yang mana baik dan yang mana buruk.
Ibu bapa seperti inilah yang lemah dan tidak mampu untuk melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Segala kesalahan mereka terhadap anak mereka akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak nanti. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)
Sering kita dengari di dalam media masa yang menceritakan tentang berlakunya kes-kes penderaan kepada anak-anak yang sangat membarah di dalam masyarakat negara ini. Hari demi hari ada sahaja berita yang melibatkan penderaan dan pembuangan bayi. Mana perginya sifat keperimanusiaan dan sifat belas kasihan. Sangat menyayat hati tragedi yang menimpa arwah adik Syafiah Humairah Sahari, didera oleh teman lelaki ibunya sehingga mati.
Begitu juga kes kehilangan arwah adik Nurin Jazlin Jazimin yang hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Kemudian mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan pada 17 September 2007 iaitu 27 hari selepas kehilangannya. Sehingga hari ini, penjenayah yang bertanggungjawab masih belum berjaya dikesan.
Beginilah apabila manusia tidak lagi memiliki iman dan tidak takut lagi dengan kekuasaan Allah, mereka akan lakukan apa sahaja mengikut nafsu amarah mereka tanpa mengira dosa dan pahala. Perbuatan seperti ini juga boleh dikatakan seperti perangai binatang yang hanya mementingkan dirinya sendiri.
Untuk melaksanakan amanah ini seperti mana yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt, maka ibu bapa perlulah bersedia dari segi jasmani dan rohani seperti melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan agama yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam di dalam keluarga. Dari segala pengetahuan penghayatan agama yang ada di dalam diri kedua ibu bapa, maka curahkanlah segalanya kepada anak-anak supaya mereka dapat menjauhkan diri mereka dari segala anasir-anasir jahat yang sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah dan iman mereka. Cara ini mampu melahirkan jenerasi Rabbaniah yang mempunyai jati diri yang kuat dan tidak tergugat apabila ia memasuki mana-mana kelompok masyarakat.
Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.
Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak :
 
“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita

29 October 2012

♥ CEMBURU PROFESIONAL ♥


♥ CEMBURU PROFESIONAL ♥

Dari Abu Hurairah, Aisyah berkata :

“Aku tidak pernah merasa cemburu kepada seorang wanita sebesar rasa cemburuku pada Khadijah. Aku tidak pernah melihatnya, tetapi Rasulullah sering menyebut dan mengingatnya.


Ketika menyembelih seekor kambing, beliau selalu memotong sebagian dagingnya dan menghadiahkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.

Aku pernah berkata kepada Rasulullah, ‘Seperti tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah’.

Rasulullah menjawab, ‘Khadijah itu begini dan begitu, dan dari dialah aku memperoleh anak’.”
 (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Baghawi)

Subhanallah, begitu detail Aisyah, istri Rasulullah yang jelita menceritakan rasa cemburunya. Dan itu diungkapkannya kepada semua orang yang berniat mendengarkan kisah tauladan dan perasaan yang dialami Aisyah. Demikian indah beliau menggambarkan perasaannya yang secara fitrah pasti tidak enak.

Bagaimana bisa seorang wanita menceritakan rasa cemburunya, yang secara jujur pasti menyakitkan dan membuat hati serasa teriris pisau.

Namun Aisyah dengan cara yang sangat professional ternyata mampu mengatasi itu semua serta menceritakan semua kejadian dan perasaan yang dialaminya untuk dijadikan ibrah atau pelajaran bagi siapa saja yang mendengarkan bahkan sampai beratus tahun kemudian.

Aisyah akan terus bercerita tentang kisah hidup rumah tangganya berulang kali sampai sekarang, seakan-akan apa yang dialami oleh beliau baru beberapa hari yang lalu terjadi. Sehingga kitapun seakan hadir pada waktu peristiwa itu terjadi.

Aisyah demikian profesional dalam menjalankan tanggung jawab sebagai istri terdekat Rasul. Aisyah mampu mengelola rasa cemburunya sehingga rasa cemburu itu dikemas dengan indah sehingga menjadi cemburu yang profesional.

Sanggupkah kita memiliki CEMBURU yang PROFESIONAL?, yaitu cemburu namun tetap professional, tidak menyakiti diri sendiri, tidak kekanak-kanakan, mencelakan orang lain, marah marah tidak karuan, uring uringan berbulan bulan, cemberut serta negative thinking.

Walau cemburu, tetap melakukan tugas dan tanggung jawab dengan baik tanpa terganggu oleh rasa cemburu itu.

Tetap tabah dan sabar dan tetap beribadah serta melakukan tugas sebagai istri dengan ikhlas secara profesional sehingga cemburu tidak mengganggu kerja dan ibadah kita.

Ya, hanya KEIMANAN YANG TINGGILAH yang mampu membuat kita memiliki kepandaian untuk mengelola rasa cemburu sehingga menjadi cemburu yang profesional.;')

28 October 2012

Doa Untuk Ibu





Doa untuk Emak ku Zainab bt Zakaria

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

.....mak sayang.....

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. 
Siapa tahuhidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. 
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Ataukata-katanya sering mengguris hatinya, 
atau yang jarang memperdulikann dan mendoakannya. 
Percayalah bahawa anak yang 
derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu…

22 October 2012

Beratnya Ujian Allah


"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan.

Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian. Sebagai contoh, bila tiba hari raya 3 ekor ayam daripada 10 ekor ayam dalam reban telah dipilih untuk disembelih. Ayam yang dipilih itu tidak berhak bertanya kenapa dia yang dipilih untuk disembelih, kenapa bukan ayam yang lain. Sebab dia bukan tuan. Hanya tuannya yang berhak membuat apa sahaja yang dikehendaki.

Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut "Oh my God" dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada "Oh Tuhan". Sebagai umat Islam kita akan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T setiap kali kita ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya Dia yang memahami hati kita, hanya Dia yang sentiasa ada tidak kira siapapun kita, dimana kita berada.

Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah jualah pemilik segala yang diciptakanNya. Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji. Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat. Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa. Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki? Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita.

Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"

Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

21 October 2012

SUAMI MELETAKKAN TANGAN DIUBUN ISTERI SELEPAS AKAD.




Lafaz merupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Mari kita lihat dan baca antara lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah.

1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca:

“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..”

Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut:

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”

2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati:

“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”

Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:

“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah s.w.t..”

3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)

Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :

“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin..”

4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)

“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”

5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”

Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.

6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)

“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :

1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah..”

Moga pasangan yang akan bernikah selepas ini dapat mengamalkan lafaz-lafaz di atas agar ia memberikan kesan atas setiap individu yang berjanji akan tugas dan tanggungjawab mereka di alam rumahtangga.

20 October 2012

Ciri-Ciri Pasangan Yang Setia

1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah memberikan alasan kenapa ia mencintai kamu, yang ia tahu dimatanya hanya ada kamu satu²nya.

2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,dimatanya kamu selalu yang tercantik/tertampan walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan.

3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, ia ingin tahu kegiatan kamu.

4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi""slmt mlm", walaupun kamu tidak membalas pesanannya.

5.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada didekatmu dan ingin menghabiskan hari2nya denganmu.

6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang ia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa setiap detailnya, kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga untuknya.

7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati tiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

8.Kalau kamu melihat handphone nya maka namamu akan menghiasi sbhgn besar"INBOX"nya.Ya ia masih menyimpan pesan dari kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

9.Dan jika kamu menghindarinya atau memberi reaksi penolakan, ia akan menyadarinya dan menghilang dari kehidupanmu walaupun hal itu membunuh hatinya. Karena yang ia inginkan hanyalah kebahagiaanmu.

10.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan ia akan ada disana menunggumu karena ia tak pernah mencari orang lain. Ya…………ia selalu menunggumu..... 

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

18 October 2012

Pertunangan Menurut Syariat


Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya. 

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama. 

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan. 

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga. 

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam. 

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: 

“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.” 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: 

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.” 

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu. 

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia. 

Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu. 

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua. 

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. 

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini. 

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik. 

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja. 

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga. 

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati. 

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w 


yang bermaksud: 

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.” 

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud: 

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.” 

Bersabda baginda lagi yang bermaksud: 

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.” 

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda. 

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham). 

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja. 

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya: 

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.” 



Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki. 

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. 

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya. 

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak. 

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia. 

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. 

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. 

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang. 

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. 
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. 


Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.” 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: 

“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.” 

17 October 2012

Andai itu Takdirnya

✿~ Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yan
g ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..~✿






✿~ Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..

BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah.. ~✿

Menggamit Kenangan

Mengamit kenangan

Time makan mlm Kelas kami (al-Quds B)

 with rabiah razali (roomate)

sentisa bersama( alquds B)

sudah 8 bulan saya meninggalkan alam kampus..pahit, manis, suka dan duka dikongsi bersama sahabat sahabiah....sangat meninggalkan kesan di dalam diri apabila bersusah payah menuntut ilmu Allah dengan menghafal Al-Quran dan Hadith, membuat Asgment, membuat kajian ilmiah(tesis)..tp itu semua demi ilmu..ap2 pun..segala 1001 kenangan ini akn sentiasa bersemadi di dalam lipatan memori saya. Love u All friends.:))

Kisah Sahabat – Uwais al-Qarni Wali Yang Sangat Taat Kepada Ibunya


Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Gambar Hiasan: Anak yang soleh yang boleh menyejukkan mata-mata yang memandang
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.

11 December 2011

HaTi.....


Hati…



Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.



Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”



Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?



Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.

Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)





Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir



Ya Rabb…

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin

31 October 2011

لا تسألوني


لا تسألوني عن حياتي فهي أسرار الحياة هي منحة .. هي محنة هي عالم من أمنيات قد بعتها لله ثم مضيت في ركب الهداة أما طريقي فهو قرآن .. وسيف .. وابتلاء الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء أما مصيري فهو مايرضي الإله وما يريد الفوز بالنصر المبين أو الشهادة والخلود فإذا وجدت على الثرى والعمر محدود الحدود فكن البطولة والهداية أو فيا بئس الوجود
terjemahan: jangan tanyakan aku tentang hidupku ia adalah sebuah rahsia kehidupan ia adalah anugerah.. ia adalah ujian ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita aku telah menjualkannya kepada Allah kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk dan jalan hidupku adalah al-Qur’an, pedang, dan ujian.. Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya keuntungan dengan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian jika engkau telah berada di muka bumi dan engkau tahu umurmu terbatas maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu

20 October 2011

~Qalam Tersirat~

Jika dugaan itu sepanjang sungai,
maka seharusnya kesabaran itu seluas samudera.

Jika harapan seluas hamparan,
maka seharusnya ikhtiar itu seluas langit.

Jika pengorbanan sebesar bumi,
maka seharusnya keikhlasan itu seluas jagat raya.

Walau jasad merasakan lelah, penat dan sakit,
ketahuilah jalan menuju syurga masihlah panjang.

Jangan pernah lupa bahawa ALLAh, selalu ada untuk kita.
Jadi mengapa mesti berputus asa, jika kita masih ada ALLAh Ta'ala? :

19 October 2011

Sayyidah Fathimah as, Penghulu Wanita Dunia..


Alam semesta adalah manifestasi keberadaan Allah swt. Dengan kekuasaan-Nya, Allah menciptakan alam semesta ini. Namun, adakalanya karunia Tuhan dikhususkan kepada salah seorang makhluk. Salah satunya adalah keberadaan Fathimah sebagai manifestasi Tuhan di muka bumi dan ufuk ketauhidan.
Rasulullah Saww bersabda, "Fathimah adalah bagian dari darah dagingku. Ia adalah cahaya mataku, buah hatiku, ruh dan jiwaku. Fathimah adalah malaikat berbentuk manusia yang senantiasa beribadah. Allah swt berfirman kepada para malaikat, "Lihatlah hamba terbaik-Ku, Fathimah. Ia berdiri dihadapanku dengan penuh ketakutan, seluruh tubuhnya gemetar dan ia beribadah dengan ketulusan hati."
Siti Khadijah sibuk dengan belahan jiwanya. Dengan izin Allah, janin suci tumbuh dirahimnya. Ia adalah teman paling akrab bagi Khadijah. Di setiap detak jantungnya, Khadijah senantiasa berbicara dengan anaknya mengenai Rasulullah saww dan kesulitan yang dihadapi manusia agung ini dalam menjalankan risalah ilahi. Khadijah berkata, "Apakah bayi ini bisa menentramkan hati Rasulullah yang terkoyak, dan mendukungnya menghadapi musuh?
Waktu yang ditunggu telah tiba. Di saat-saat sulit itu, tidak ada seorangpun yang membantu Khadijah. Ia seorang diri menahan sakit. Tiba-tiba, ia merasakan dirinya menjadi orang yang paling menentukan bagi nasib seorang perempuan terbesar dalam sejarah keimanan dan ketauhidan di dunia.
Di tengah kesendiriannya, Khadijah didatangani tiga wanita agung, yaitu Siti Hajar, Siti Asiah dan Siti Maryam. Siti Khadijah merasakan kehadiran mereka di sekitarnya. Menakjubkan!. Para wanita mulia ini datang untuk membantunya. Beberapa saat kemudian, bayi putri ini lahir di tengah budaya patriarki yang menilai segala sesuatu di dunia dari kacamata laki-laki. Bayi ini lahir di tengah rendahnya budaya jahiliyah Arab yang menilai wanita sebagai makhluk pembawa sial dan memalukan.
Ketika Khadijah tersadar dari pingsannya, tidak ada seorang pun di kamar itu, selain dirinya dan seorang bayi perempuan yang lembut, cerah dan bercahaya. Khadijah sadar, Allah swt menganugerahkan seorang bayi perempuan bagi keluarga Muhammad Saw.
Kelahiran Fathimah bagi Rasulullah bak hembusan angin sepoi-sepoi di tengah terik panasnya udara Hijaz. Beliau seringkali mencium Fathimah, sebagai bukti kecintaannya. Rasulullah hendak menyatakan kepada dunia bahwa perempuan bukan sumber malapetaka. Lebih dari itu, kedudukan agung Fathimah di sisinya merupakan sebuah manifestasi seorang manusia sempurna.
Khadijah merasakan Fathimah menyertainya dalam mengarungi hidup, melebihi sosoknya sebagai anak. Di buaian Khadijah, Fathimah mengenal ketauhidan lebih dalam, dan merasakan bahwa seorang anak bisa menyerahkan segalanya di sisi Tuhan. Harapan besar seorang wanita, nampak kecil di mata Fathimah.
Bagi Fathimah, peran Khadijah adalah lembaran sejarah Islam. Pengorbanan Khadijah tiada bandingannya dalam sejarah. Fathimah adalah cerita indah tentang perjuangan seorang ibu di jalan Tuhan. Setiap kali kita melihat sosok ibu, kita membuka lembaran baru kehidupan Muhammad dan Khadijah.
Di sisi lain, detak jantung Fathimah memberikan pesan, sekaligus menebarkan harum kehidupan dalam diri sang ayah. Sejak kecil, Rasulullah mengajarkan perjuangan menyelamatkan dunia ini kepada putrinya. Fathimah terbiasa dengan berbagai masalah besar. Ia mengarungi bukit terjal kehidupan dan mencapai puncak kesempurnaan yang tidak bisa dicapai oleh perempuan lainnya.
Sayyidah Fathimah terlahir di saat ujian besar melanda. Kehidupannya yang kaya makna dipenuhi pelajaran berharga. Para psikolog menilai makna kehidupan sebagai faktor utama dalam melanjutkan kehidupan dengan bahagia. Bisa dikatakan, kira-kira seluruh manusia meyakini adanya sesuatu atau seseorang yang paling berharga dalam kehidupannya. Sebuah survei yang dilakukan di Perancis menyebutkan bahwa 89 persen responden menyakini bahwa manusia memerlukan sesuatu yang membuatnya bertahan hidup. 61 persen lainnya menilai adanya sesuatu atau seseorang dapat memberikan makna bagi kehidupannya.
Viktor Frankl dalam bukunya, ‘Manusia Mencari Makna' mengungkapkan kehidupannya di sebuah kamp konsentrasi di Jerman di saat perang Dunia II meletus. Setelah menjelaskan kesulitan yang dihadapi para tahanan yang nyaris menghantarkan mereka diambang kematian, ia menyimpulkan bahwa orang yang selamat jiwanya dari penderitaan tersebut adalah orang yang menyelami makna hidup.
Bagi setiap orang, makna hidup ini memiliki beragam bentuk. Bisa berbentuk wanita, anak, tanah bahkan uang. Namun di luar itu, faktor paling bermakna dalam kehidupan manusia adalah keimanan kepada Allah swt. Dengan kesadaran ini, kita memberikan makna terhadap seluruh peristiwa dalam kehidupan ini. Pohon keimanan menghasilkan buah ketentraman dan ketenangan hati. Kehidupan Siti Fathimah dipenuhi keimanan kepada Allah swt. Rasulullah Saw bersabda: "Allah menganugerahkan hati dan anggota badan Fathimah dengan keimanan." Dengan demikian, ia layak menyandang gelar sebagai penghulu para wanita di dunia dari awal hingga akhir.
Suatu hari, Salman, salah seorang sahabat Rasulullah Saww mengantar Fathimah hingga rumahnya. Di tengah perjalanan, Salman berkata, "Aneh, ketika para putri raja mengenakan sutra mahal dan lembut, Fathimah putri manusia paling agung sedunia hanya mengenakan kain kasar. Sesampainya di rumah Rasulullah, Fathimah berkata kepada ayahnya, "Ayahanda, Salman heran melihat baju yang aku kenakan. Rasulullah menjawab, wahai Salman, putriku orang yang paling dulu menuju Allah."
Suatu hari, Siti Fathimah bersama Ali as menghadap Rasulullah Saw dan memohon diberikan pembantu untuk membantu mengerjakan pekerjaan rumah. Rasulullah bertanya, "Apakah engkau tidak menghendaki sesuatu yang lebih baik dari seorang pembantu?" Kemudian, Rasulullah mengajarkan tasbih setelah shalat yang terkenal dengan nama tasbih az-Zahra. Pengaruhnya begitu dalam terbenam di hati Fathimah, sehingga kesulitan yang dihadapinya terasa mudah. Sejatinya, ketawakalan Siti Fathimah terhadap Allah swt merupakan modal terbaik menjalani hidup. Kehidupan Fathimah dipenuhi pelajaran berharga bagi umat manusia.

Suatu hari, Imam Ali as menyaksikan istrinya, Sayyidah Fathimah memberikan makanannya kepada anak-anak yang kelaparan, dan membiarkan dirinya kelaparan. Imam Ali bertanya mengapa tidak mengatakan padaku untuk menyediakan makananmu? Fathimah menjawab: "Aku menyerahkan segalanya pada Allah swt, aku tidak bisa mengharapkan sesuatu yang berada di luar kemampuanmu."


Dr. Farahmandpour, dosen Universitas Tehran mengatakan, "Manusia dilihat secara mekanis dalam literatur sosiologi modern. Dengan kacamata ini, tokoh agama hanya dilihat agama sebagai alat untuk memenuhi kebutuhannya. Dengan demikian, hubungan mereka dengan agama akan berubah, jika kebutuhan mereka tidak terpenuhi. Padahal dalam budaya Islam, ada manusia-manusia besar yang bisa menjalankan agama dalam kehidupannya. Mereka pun menjadi suri tauladan dalam menjalani hidup ini. Kehidupan mereka merupakan contoh menuju puncak kesempurnaan. Dalam hal ini, tidak ada perbedaan antara wanita dan pria. Untuk itu, keliru besar jika melihat kesempurnaan dengan membedakan antara pria dan wanita. Dengan demikian, kesempurnaan Sayyidah Fathimah menjadi contoh bagi umat manusia, baik wanita maupun pria."

Dalam peristiwa Mubahalah antara Rasulullah dengan Rahib Kristen, Nabi Muhammad Saww membawa Siti Fathimah, Imam Ali, Imam Hasan dan Imam Husein sebagai orang yang paling mulia di hadapan Rasulullah.
Dr. Farahmandpour mengungkapkan, Sayyidah Fathimah as memiliki dua dimensi besar yaitu dimensi transenden (malakuti) dan dimensi bumi (mulki). Pada dimensi transenden, keagungan Fathimah tidak nampak jelas dalam pandangan kita. Namun, pada dimensi bumi, Fathimah adalah manusia ideal. Ia mengerahkan segenap kekuatan dirinya untuk mewujudkan masyarakat yang bersih dan adil. Wanita agung ini berupaya menanamkan nilai-nilai agama dalam kehidupan individu dan sosial masyarakat. Fathimah bangkit demi menegakan pemerintahan yang saleh. Di mata Fathimah, manusia bisa menjalani kehidupan adil dalam pemerintahan yang saleh.
Fathimah hidup zuhud dan takwa, meski dipenuhi fasilitas dan potensi yang besar. Ia rela menderita lapar demi membantu orang miskin. Benar, Sayyidah Fathimah adalah contoh bagi seluruh umat manusia.

Salam bagi wahai wanita teragung di dunia. Salam bagimu, putri baginda Rasulullah, Fathimah Zahra. Salam bagi para pengikut Fathimah di seluruh penjuru dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...