21 April 2011

~WaHai PuTeRiKu~

DUHAI PUTERIKU.........

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, melimpahkan nyaman pada malam..

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....

Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung

ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...

Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan....

PUTERIKU.....

Dengan keremajaanmu...kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka

Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....

Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...palingkanlah

wajahmu barang sejenak...

Berkatalah dalam diri...Kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang

melekakan dunia...

Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..

Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...

Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...

Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...

Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri

Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...

Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...

WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...

Salutilah tubuhmu dengan iman...kerana ia sangat manis pada pandangan

jua perhiasan...

Usah merasa resah lalu menyolek diri ...inginkan wajah yang lebih indah...

Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...

Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu

setiap detik di bawah naungan Allah SWT...

Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun

pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...

Bersihkanlah hatimu...kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji

Tuhan...

Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...

Dunia hanyalah persinggahan... akhirat itu kekal abadi....

18 April 2011

::DiMaNa DiRiMu MenGemUdI CinTa DiHaTi::

9:15 PM –Rabu – 06/04/2011

Puisi ini hanyalah nukilan yang digarap untuk tatapan mata pembaca,.. Natijahnya adalah untuk menyedarkan sesetengah insan di luar sana yang ‘bercinta’ dengan mana-mana sang pencinta tanpa wujud ikatan yang sah,.. Bagaimana manisnya cinta manusia itu sekalipun, ia akan bertambah barakah dan indah jika ia diijabqabulkan terlebih dahulu,.. Sanggup menjadi hamba cintakah kita,? Sedangkan cinta itu fitrah yang suci, maka, bawalah kesuciannya itu pada jalan yang diredhai olehNYA,.. Allahu Ta’ala‘A’laamumBiss0wab ^_^

Oh asyiknya,..

Indahnya,..

Manisnya seakan gula yang diadun bersama madu sang lebah,..

Rindunya,..tak ketemu ‘dia’,..

Tidur se0lah tak dijejak dek lena,..

Makanan dan minuman seakan tak dirasa dek lidah,..

Mandinya se0lah tak disentuh dek kebasahan air yang mengalir,..

Sewaktu bersama ‘dia’, sedikit khilaf pun tak mengapa,

Tersalah bicara pun tak mengapa,

Se0lah-Olah dimaafi segala khilaf yang dilakukan,..hingga hujung usia dunia sekalipun,..

Pabila terluka, menangis berlarutan siang malam pun dirasa tegar,..

Tatkala bersama, terasa indah dan manis belaka,..

Butanya,..

Nuranikah yang buta?

Salahkah hati yang mengikut nafsu?

Salahkah ‘aqal yang menurut qalbu?

Salah??

Ya,

Mengapa,?

Kerana,…

Salahnya manusia yang meletakkan cinta sesama mereka, hingga digelar buta kerana cinta, dan yang membutakan ia, adalah kerana dinilai oleh pandangan dan pemikiran yang bengk0k,..

Namun hai manusia,..

Dalam sebegitukah cinta terhadap Illahi,?

Sebegitu indah dan maniskah tatkala sujud padaNYA,?

Adakah asyiknya seasyiknya mengalun zikir dan kalamullah,?

Adakah rindunya serindu untuk bertemu DIA dan Habibullah,?

Adakah mata kan kebengkakkan dek kerana mengalirnya air di kel0pak mata ketika sepertiga malam,?.... Sebegitukah air mata bersanggupan dengan pemilik matanya untuk mengadu, merintih dan bertaubat,?

Sedarilah hai manusia,..

Indahnya cinta manusia hanyalah di dunia fana yang sementara,..

Kekal abadi itu, hanyalah yang haqiqi yang berhak dipunyai oleh KhaliQulWadud,…

Bawalah hatimu dengan cinta pada yang jalan yang dihalalkan oleh syariat,..

Yang diredhai Tuhan, pernikahan yang suci,

Yang dimurkai Tuhan, jalan yang diikat dengan tali yang tak pasti,..

Dambailah CintaNYA, kejarilah kasihNYA yang tidakkan bern0ktah selamanya,..

Buat bekalan menuju Firdausi,

Di negeri yang nun jauh lagi abadi,…

NUKILAN DAN GARAPAN PEMIKIRAN : ~PENCINTA KERTAS~

04 January 2011

SeLaMaT TaHuN BaRu 2011

Alhamdulillah wa syukru lillah...

Syukur tak terhingga akhirnya Allah memberi kelapangan masa untuk menatap blog yang dibiarkan sepi ini...orang berblogging kita pun nak, tapi masa amat mencengkam...kemudahan internet pun agak susah..sampaikan nak log in pun tak lepas-lepas...ala kulli hal syukur atas nikmat ini.
Sedar tak sedar cepat sangat masa berlalu,,,dan tiba tahun baru 2011...selalu orang akan cerita mengenai azam baru...namun di catatan kita pernah tak tengok kembali azam lama? Dah tercapai semuanya? Bagi yang sudah tercapai, alhamdulillah...yang masih belum.kita teruskan usaha...usaha kan tangga kejayaan???hehe
Nak imbas sejenak event-event 2010 yang berlaku sekitarku...
1. Kisah sedih kehilangan abang iparku pada 8 Jan 2010..Al Fatihah..Mari kita sama-sama doakan semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada dan solehin..Juga buat teh dan aufa,semoga sentiasa tabah..sayang sangat kalian..hehe

Ni Aufa dengan Abang Chik baihaqi :)

2.Kisah gembira kelahiran anak buahku Aufa Hannan Bt Muhamad Fauzi- 14 Mac 2010

3.Alhamdulillah keputusan peperiksaan sem 3 menggalakkan..azam baru nak tingkatkan usaha :)

4.Perkahwinan Andak dan Kak Farah 27 November 2010..mabruk bt kalian,semoga kekal ke akhir hayat.

Banyak lagi event yang tak tertulis di sini...apa pun setiap tahun ada kisah sedih dan gembira..Sebagai hamba Allah kita kenalah redha dengan segala ketentuannya. Tugas kta usaha dan terus usaha, semoga kita semua menjadi hamba Allah yang diredhaiNya..ameen


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...