18 April 2011

::DiMaNa DiRiMu MenGemUdI CinTa DiHaTi::

9:15 PM –Rabu – 06/04/2011

Puisi ini hanyalah nukilan yang digarap untuk tatapan mata pembaca,.. Natijahnya adalah untuk menyedarkan sesetengah insan di luar sana yang ‘bercinta’ dengan mana-mana sang pencinta tanpa wujud ikatan yang sah,.. Bagaimana manisnya cinta manusia itu sekalipun, ia akan bertambah barakah dan indah jika ia diijabqabulkan terlebih dahulu,.. Sanggup menjadi hamba cintakah kita,? Sedangkan cinta itu fitrah yang suci, maka, bawalah kesuciannya itu pada jalan yang diredhai olehNYA,.. Allahu Ta’ala‘A’laamumBiss0wab ^_^

Oh asyiknya,..

Indahnya,..

Manisnya seakan gula yang diadun bersama madu sang lebah,..

Rindunya,..tak ketemu ‘dia’,..

Tidur se0lah tak dijejak dek lena,..

Makanan dan minuman seakan tak dirasa dek lidah,..

Mandinya se0lah tak disentuh dek kebasahan air yang mengalir,..

Sewaktu bersama ‘dia’, sedikit khilaf pun tak mengapa,

Tersalah bicara pun tak mengapa,

Se0lah-Olah dimaafi segala khilaf yang dilakukan,..hingga hujung usia dunia sekalipun,..

Pabila terluka, menangis berlarutan siang malam pun dirasa tegar,..

Tatkala bersama, terasa indah dan manis belaka,..

Butanya,..

Nuranikah yang buta?

Salahkah hati yang mengikut nafsu?

Salahkah ‘aqal yang menurut qalbu?

Salah??

Ya,

Mengapa,?

Kerana,…

Salahnya manusia yang meletakkan cinta sesama mereka, hingga digelar buta kerana cinta, dan yang membutakan ia, adalah kerana dinilai oleh pandangan dan pemikiran yang bengk0k,..

Namun hai manusia,..

Dalam sebegitukah cinta terhadap Illahi,?

Sebegitu indah dan maniskah tatkala sujud padaNYA,?

Adakah asyiknya seasyiknya mengalun zikir dan kalamullah,?

Adakah rindunya serindu untuk bertemu DIA dan Habibullah,?

Adakah mata kan kebengkakkan dek kerana mengalirnya air di kel0pak mata ketika sepertiga malam,?.... Sebegitukah air mata bersanggupan dengan pemilik matanya untuk mengadu, merintih dan bertaubat,?

Sedarilah hai manusia,..

Indahnya cinta manusia hanyalah di dunia fana yang sementara,..

Kekal abadi itu, hanyalah yang haqiqi yang berhak dipunyai oleh KhaliQulWadud,…

Bawalah hatimu dengan cinta pada yang jalan yang dihalalkan oleh syariat,..

Yang diredhai Tuhan, pernikahan yang suci,

Yang dimurkai Tuhan, jalan yang diikat dengan tali yang tak pasti,..

Dambailah CintaNYA, kejarilah kasihNYA yang tidakkan bern0ktah selamanya,..

Buat bekalan menuju Firdausi,

Di negeri yang nun jauh lagi abadi,…

NUKILAN DAN GARAPAN PEMIKIRAN : ~PENCINTA KERTAS~

No comments:

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...