19 October 2011

..CeBisAn Kalam Iblis Laknatullah..


Subhanallah!
Inilah sedikit Kalam Iblis yg hamba paparkan… PENCINTA TUHAN YG SETIA! Merasakan juga KEPEDIHAN yg sedang DIDERITAI oleh sang KEKASIH! Iblis menggambarkan dirinya sebagai pencinta setia yg kecemburuan melarangnya utk memberi penghormatan kpd SAINGANnya. Pada dasarnya ia menyatakan, penolakannya utk memuliakan Adam itu merupakan pernyataan bahawa ia TIDAK AKAN MENYEMBAH KPD SESUATU, melainkan Allah. Dia menderita kutukan itu lebih baik drpd MEMBAHAYAKAN KEESAAN TUHAN! Kerana sifat dasarnya baik, maka KETIDAK-PATUHANNYA itu hanya merupakan penolakan sementara yg timbul dari keangkuhannya. IBLIS – KAFIR YG TIDAK MENYEMBAH BERHALA! Iblis yg mengaku mengetahui RAHSIA (Sirrul Qadar), mengatakan bahawa tidak mungkin baginya utk melaksanakan suatu perintah yg secara abadi telah Tuhan kehendaki dan tetapkan bahawa dia akan mengingkarinya. SAMADA SUKA ATAU TIDAK… KENA TEMPUH JUGA! Ini yg dikatakan biar lautan api sekali pun, akan tetap ku harungi… Biar pun aku diazab dgn api Neraka, tetapi tetap merasa nikmat kerana aku DIBAKAR DGN API KECINTAAN (Bertulangkan Pencinta Tuhan Yg Setia) MEMBAKAR KESELURUHAN JIWAKU utk DIA! Illahi Anta Maqsudi Waridho Ka Matlubi...! Ketika Nabi Nuh a.s. naik kapal, Iblis ikut bergantung di kapalnya. Nabi Nuh a.s. bertanya, “Siapakah engkau?” Iblis menjawab, “Aku Iblis!” Nabi Nuh a.s. bertanya lagi, “Apa yang engkau inginkan?” Iblis menjawab, “Mintakanlah kepada Tuhan mu permohonan taubat untuk ku.” Lalu Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Nuh a.s. bahawa taubat Iblis akan diterima jika ia mahu ziarah ke makam Nabi Adam a.s. dan sujud di situ. Saat Nabi Nuh a.s. memberitahukan hal tersebut kepada Iblis, iblis berkata, “Aku TIDAK SUJUD kepadanya pada saat ia hidup, bagaimana mungkin aku SUJUD KEPADANYA SESUDAH IA MATI?” SUBHANALLAH ! Allah S.W.T. sama sekali melarang mengada-adakan Rabbaniah... SUJUD pada manusia, pada makam-makam (kuburan) dan mencari dan mengharap akan kemuliaan-kemuliaan. Faham betul-betul akan kenyataan ini... KEMULIAAN YANG DILUPAKAN... Malaikat Israfil melihat catatan ibadah hamba di Lauh al-Mahfudh. Hamba itu beribadah kepada Allah S.W.T. selama 80,000 tahun, tapi Allah S.W.T. menolak ibadahnya dan melaknatnya. Melihat hal itu, Israfil menangis kerana takut jika hamba itu dirinya. Ia ditanya Malaikat lain apa yang menyebabkannya menangis. Ia pun menceritakan apa yang dilihatnya. Mendengar penuturannya, semua Malaikat menangis. Mereka takut jika hamba itu mereka. Lalu, mereka berkata, “Mari kita pergi ke Azazil (nama Iblis) dan memintanya mendoakan kita kerana ia adalah Malaikat yang doanya DIKABULKAN.” Mereka pergi menemui Azazil dan menceritakan kejadianitu. Lalu, Azazil berdoa, “Ya Allah, janganlah Engkau marah kepada mereka.” Azazil mendoakan mereka namun LUPA mendoakan dirinya sendiri. Ia tidak berkata, “Ya Allah, janganlah Engkau marah kepada kami.” Dikatakan bahawa di pintu Syurga Iblis melihat tulisan yang menerangkan ada HAMBA yang diperintah melakukan sesuatu tetapi tidak melaksanakannya. Iblis berkata, “Ya Rabb, izinkan aku untuk melaknatnya.” Iblis pun melaknatnya selama 1,000 tahun. Tidak terlintas di benak Iblis rasa takut bahawa HAMBA ITU ADALAH DIRINYA! SUBHANALLAH ! Kita MENCINTAI Allah, bila Allah HADIR kita akan MERASAINYA! Jika kita mencintai kurnia, bila Allah hadir... kita TIADA RASA. Sebab, kita cintakan kurniaan.... “Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Dzohir serta Yang Batin; dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. Dialah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang; dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dialah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebaikan) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah), mereka tetap beroleh pahala yang besar.”

[QS. Al-Hadiid : 1 – 7]
Dipetik dari karangan TAZKEERAH TASAUF - Kalam IBLIS - Dalam Menghampiri Lembah TAA HAA ( ) ( . ) ( l )...

No comments:

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...